Rosulullah dan Jeruk
Limau
Suatu hari Rasulullah SAW
didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang
sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk
baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda
menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW
seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan
makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu
diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak heran
dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah
SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa
saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang
ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah
SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda
yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang
dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau
masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.
Dalam cerita singkat ini kita
dapat lagi mencontoh sifat rosul kita betapa mulian akhlak beliau. Tidak
mengucap suatu kejelekan yang didapati dari orang lain, selalu berbagi jika
mendapat suatu rizki menyimpan dan menelan sendiri suatu cobaan dan selalu
menjaga perasaan oranglain serta kesabaran yang amat tinggi.
0 komentar:
Posting Komentar